Tuesday, July 09, 2019

Perbahasan RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 pada 9-7-2019

Video here: 
Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tinjau sejarah legislatif ataupun legislative history tentang Akta Perlindungan Pengguna yang telah digazet pada tahun 1999 dan telah mengalami pindaan empat kali iaitu pada tahun 2003, tahun 2007, tahun 2011 dan tahun 2017. Dalam mukadimah Akta Perlindungan Pengguna telah dinyatakan termaktub satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna, penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan bagi pihak- pihak berkaitan dengannya. 
Tuan Yang di-Pertua, objektif penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia seperti saya sebutkan tadi adalah untuk memberi perlindungan kepada pengguna, cara mudah dan tidak mahal untuk pengguna menyelesaikan ataupun membuat tuntutan terhadap tuntutannya. Seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, cadangan yang dipinda berkenaan dengan seksyen 98(1), award Tribunal pengguna diminta tidak melebihi RM25,000 dan daripada menjadi RM50,000 
Ini membolehkan pengguna-pengguna boleh memfailkan tuntutan berkenaan dengan barangan dan juga perkhidmatan baginya yang sebelum ini yang tidak ada mekanisme tebus rugi yang diperuntukkan di bawah undang-undang lain. 
Tuan Yang di-Pertua, jika kita meneliti seksyen ini, seksyen 98(1) ini, terdapat pindaan terdahulu iaitu akta pindaan 2003 yang dahulunya pada 20 tahun lalu, 1999, telah dinyatakan bahawa ialah RM10,000 ‒ pada tahun 2003, dinaikkan kepada RM25,000 dan sekarang kepada RM50,000 dan kali kedua dalam pindaan amaun terhadap subject matter ini. 
Saya juga mengambil maklum terhadap pindaan seksyen 100, peluasan bidang kuasa melalui perjanjian, pindaan seksyen 101, penangguhan untuk membawa tuntutan ke dalam bidang kuasa, seksyen 117 penalti jenayah kerana gagal untuk patuhi award Tribunal, dinaikkan RM5,000 kepada RM 10,000. Tambahan penalti kepada penalti tidak melebihi RM2,000 tiap-tiap hari. Saya setuju dengan pindaan ini.
Teras pindaan meluaskan dan juga menambah bidang kuasa Tribunal. 
Kedua, meningkatkan hukuman ke atas ketidakpatuhan award yang sering kali kita terima aduan bahawa bidang kuasa ini perlu dinaikkan dan juga hukuman perlu dinaikkan. Selain daripada Tribunal pengguna, kita ada beberapa avenue lagi seperti Small Claims Court seperti Financial Mediation Bureau, seperti Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, seperti MAVCOM dan sebagainya. Apa-apa yang tidak tercakup di bawah undang-undang bertulis lain, semuanya akan jatuh kepada Akta Perlindungan Pengguna ini. 
Mengikut analisa saya, bahawa perlindungan pengguna sebenarnya belum lagi diberikan perhatian sepenuhnya dalam Akta Perlindungan Pengguna. Saya ingin mencadangkan supaya kita meneliti di sebalik undang-undang lain daripada negara lain. Antara contohnya ialah Unfair Contract Terms Act (UCTA) di United Kingdom. Kalau di United Kingdom terdapat Unfair Contract Terms, satu legislative spesifik berkenaan dengan terma-terma tidak adil seperti yang dalam perundangan United Kingdom. 
Terma dalam kontrak pengguna dengan ambil kira semua hal keadaan menyebabkan ketidakseimbangan yang signifikan dalam hak dan tanggungjawab pihak- pihak di bawah kontrak sehingga merugikan pengguna. Terma tidak adil ini, kalau di United Kingdom ada specific legislation, undang-undang khas untuk menangani terma- terma tidak adil ini. Ia terdapat satu senarai yang panjang, 20 keadaan pada undang- undang England terhadap penerangan dan contoh apa itu Unfair Contract Terms, apa itu terma-terma kontrak yang tidak adil. 
Akan tetapi, dengan undang-undang kita, melalui pindaan terdahulu, kalau tidak silap saya ialah pindaan di bawah Bahagian IIIA yang telah dimasukkan satu chapter terhadap terma-terma tidak adil. Akan tetapi, pada pandangan saya, ini masih tidak mencukupi kalau dibandingkan dengan undang-undang United Kingdom. Undang-undang di Bahagian IIIA di bawah Unfair Contract Term, terma-terma tidak adil di Malaysia masih kabur. Timbul kekaburan dari segi provision Bahagian IIIA di Malaysia dan sehinggakan ada laporan kes-kes mahkamah seperti saya quote satu kes mahkamah di High Court of Malaya. 
Tuan Speaker, 
Satu kes baru-baru ini terhadap Fairview International School lawan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan keputusan telah memihak kepada responden dan – walaupun Tribunal Tuntutan Pengguna telah memihak kepada pengguna, akan tetapi apabila rayuan ataupun semakan kehakiman terhadap Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ini memihak kepada sekolah ataupun responden berkenaan. Jikalau kita kaji keputusan kehakiman Fairview International School dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tersebut ada didapati bahawa – walaupun perkara yang telah – yang dalam perbincangan mahkamah ataupun adjudication mahkamah, ujian kemunasabahan ataupun reasonable test tidak dijalankan. Tidak seperti di negara England, reasonable test telah digunakan untuk meneliti terhadap kes-kes perbicaraan dan sebagainya di Mahkamah. 
Maka dia telah memberikan satu perlindungan yang lebih menyeluruh dalam perundangan United Kingdom seperti – kalau perundangan negara United Kingdom bahagian – Part I Schedule 2 Bahagian Kesebelas kalau – dengan izin dalam bahasa Inggeris “Term which has the object of effect enabling the trader to alter the terms of the contract unilaterally without a valid reason which is specified in the contract.” Jikalau di perundangan UK satu terma undang-undang yang membolehkan peniaga untuk mengubah terma kontrak secara unilateral, secara satu pihak tanpa alasan yang munasabah adalah satu terma tidak adil. Peniaga-peniaga tidak boleh membuat pengubahan dalam kontrak ini tanpa alasan yang munasabah dan perkara ini termaktub dalam Unfair Contract Terms, United Kingdom
Di Malaysia kita membenarkan perundangan ini Perundangan Perlindungan Pengguna ini tidak mencukupi, masih membenarkan peniaga-peniaga boleh mengubah terma-terma kontrak dalam kontrak secara satu pihak. Oleh itu saya rasa bahawa kita perlu melihat kepada model-model perundangan penggunaan di United Kingdom dan juga negara lain seperti Yang Berhormat Johor Baharu sebut Singapura lihat kepada perundangan sebegini untuk penambahbaikan untuk memberi kekuatan lagi untuk memihak kepada tuntutan-tuntutan pengguna. Terma Kontrak Tidak Munasabah di Malaysia ia tidak effective. Ia tidak – ujian kemunasabahan tidak terpakai. Oleh itu saya membuat cadangan kepada kementerian supaya lihat semula aspek Bahagian IIIA Akta Perlindungan Pengguna. 
Tuan Speaker, 
Tentang issue syarikat Grab. Saya rasa ini memang satu Unfair Contract Terms kerana kalau satu pihak telah dianiaya, perlu ada perundangan yang diubah, dipinda supaya memberikan keadilan bukan sahaja kepada pengguna dalam segi employment contract kerana antara Grab driver dan juga syarikat Grab ia lebih terlingkup dalam employment contract. Akan tetapi sebagai pengguna juga dasar-dasar. 
Saya baru terima satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan menjawab soalan saya berkenaan Grab bahawa tempoh moratorium 12 Julai 2019 untuk memberi masa adalah tidak akan dilanjutkan. Tidak berhasrat melanjutkan tempoh moratorium yang telah ditetapkan tersebut. Maksudnya selepas 12 Julai 2019 didapati bahawa Grab driver yang gagal mempunyai lesen PSV ini barangkali terdedah kepada penguatkuasaan dan ia juga akan memberikan impak kepada pengguna-pengguna jalan raya, pengguna-pengguna Grab. Ini kerana apabila kurangnya Grab driver maka harga tumpang akan naik. 
Tuan Speaker, 
Saya rasa bukan sahaja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia perlu lihat kepada aspek ini kerana Kementerian Pengangkutan ialah kawal selia lesen tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
perlu lihat bagaimana untuk mengadakan peruntukan undang-undang ataupun peraturan untuk melindungi pengguna. Saya rasa dari segi kepenggunaan ini perlu lebih banyak reform lagi terhadap perundangan dan juga perkara-perkara – kalau di England terdapat sekurang-kurangnya tiga Unfair Conctract Term Act 1977UK Consumer Protection Act 1977, Consumer Rights Act 2015. Sekurang-kurangnya ada tiga perundangan khas khusus untuk melindungi pengguna. 
Kita harap dengan pindaan ini bukan sahaja meluaskan pelbagai bidang kuasa dan juga hukuman – reform perlu juga dilakukan di dalam perundangan untuk memihak ataupun memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna supaya pengguna ini boleh mengetahui hak mereka, boleh mengemukakan hak mereka untuk mempertahankan hak mereka. Ini kerana pengguna biasanya apabila dalam keadaan urus niaga yang tidak adil, terma yang tidak adil, pengguna akhirnya menjadi mangsa. Oleh itu kita menaruh harapan yang tinggi kepada Tribunal Pengguna dan juga kepada perundangan pengguna yang diluluskan di Parlimen. Dengan ini saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih. 

Thursday, July 04, 2019

Perbahasan Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 pada 3-7-2019
Tuan Speaker ,

Saya bangun untuk turut menyertai perbahasan pindaan terhadap Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Tuan Speaker ,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda kita yang lahir mungkin barangkali selepas 1990s. Yang berumur kurang daripada 30 tahun. Melalui rang undang-undang ini, mereka diberi mandat or “empower” untuk menjadi pemimpin dalam persatuan-persatuan belia yang di daftarkan dibawah “Registry of Youth”, pertubuhan belia dan pembangunan.

Sebelum ini, mereka hendaklah tunggu senior mereka sampai usia lanjut empat puluh dan barulah mereka boleh menjadi pengerusi belia. Sekurang-kurang daripada usia 30 boleh menjawat jawatan yang penting dalam pertubuhan belia. Oleh itu, ini adalah satu lonjakan yang cantik dan baik. Kawan-kawan kita yang menyertai “The World Youth Congress” atau “World Youth Organisation” persidangan-persidangan antarabangsa untuk belia.

Delegasi Malaysia adalah yang tertua, dalam world youth congress ini. Pemuda-pemuda dari Europe yang menyertai persidangan ini adalah jauh lebih muda jika dibandingkan. Pihak “United Nations” ataupun Organisasi Bangsa-Bangsa Bersatu terdapat satu klasifikasi “Youth” dalam jangka umur 15-24 sahaja . Oleh itu, di Europe atau di tempat lain mempunyai delegasi yang betul-betul anak muda.

Delegasi Malaysia mungkin pada masa 20 ataupun 30 tahun yang lalu menghantar yang sangat berumur sampai 50 pun hantar ke “World Youth Congress” ada yang rambut tidak tinggal beberapa dan perut pun buncit. Tetapi melalui rang undang-undang ini , memberikan satu lonjakkan untuk anak-anak muda. Kalau di “Africa Convention” , belia di kategorikan 15-35, di negara jiran kita Singapura 15-35. Oleh itu , sekarang kita akan lebih maju daripada negara jiran kita. Semalam , di perbahasan Akta Cap Dagangan kita ketinggalan di belakang Singapura hal ini demikian menunjukkan kemajuan negara kita mengatasi mereka di dalam reformasi pertubuhan belia ini.

Tuan Speaker,

Dengan klasifikasi usia yang baru ini, anak muda yang berusia kurang daripada 30 tahun juga boleh mendapat lebih peluang untuk menjadi penjawat utama. Di bawah Akta ini , kementerian belia dapat memberikan sumber kepada persatuan-persatuan belia yang betul-betul mengambarkan tenaga orang muda. “Target Resources” kerana sebelum ini kalau “Resources” ini pergi ke persatuan yang melebihi usia 30 ke atas maka sebenarnya, sumber ini akan tersasar . Oleh itu, kategori baru anak muda ini yang baru sahaja keluar daripada Universiti atau belajar tetapi mereka kurang daripada sumber ekonomi supaya mendapatkan “Outcome” yang lebih baik.

Dalam pandandan saya , kementerian belia perlu menyalurkan saluran kepada golongan yang betul. Sebelum ini, Kita melaksanakan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 ataupun “ National Service” tetapi kita semua tahu bahawa target kumpulanya sudah silap dan tidak ada satu “Outcome” yang konkrit dan positif. Sumber-sumber kerajaan perlu disasarkan di golongan yang tepat, dewasa yang telah pun bekerja tetapi di bawah had usia yang ditetapkan di bawah rang undang-undang ini juga boleh menyertai pertubuhan-pertubuhan belia di bawah kementerian belia. Selain itu, tidak mendapat halangan untuk alumni-alumni pemuda yang telah melepasi had usia 30 untuk menubuhkan persatuan mereka di bawah “Register of Society” (ROS) , kerana rang undang-undang ini tidak menghalang mereka untuk menubuhkan mana-mana persatuan.

Dewasa yang berumur 30 ke atas telah pun memasuki arus “Mainstream” dan tidak memasuki kategori pemuda. Hal ini kerana, mereka akan mempunyai arena dan lapangan yang lebih besar untuk merealisasikan tanggungjawab mereka. Seperti dalam huraian pindaan akta ini, selaras dengan “standard” antarabangsa di mana pemuda menjawat jawatan penting dan memberikan peluang yang lebih kepada mereka. Seterusnya, umur minimum juga tidak diubah dan pada usia 18 sahaja boleh menjawat jawatan yang penting dalam mana-mana persatuan.

Saya turut ingin mencadangkan reform dalam segi legislative yang kita sedia maklum bahawa ada “Proposal” untuk menurunkan usia pengundi daripada usia 21 kepada usia 18 tahun. Candangan tambahan saya adalah umur ahli dewan undangan negara “Senator”. Pada masa kini, usianya seorang “Senator” adalah pada 30 tahun dan persepsi di kalangan masyarakat adalah seorang “Senator” haruslah berumur. Saya rasa belia, juga boleh menjadi seorang “Senator” serasi dengan menjadi seorang ahli parlimen di dewan rakyat.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana mengambil langkah yang Aktif dan mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak muda dan juga kepada yang mana memasuki usia 30 ke atas selamat menyertai arus perdana.

----------------

Wednesday, July 03, 2019

升旗山国会议员黄汉伟于2019年7月3日在国会辩论2019年青年社团及发展(修正)法案的辩论演辞

升旗山国会议员黄汉伟于2019年7月3日在国会辩论2019年青年社团及发展(修正)法案的辩论演辞

议长先生,

我起立参与修正2007年青年社团及发展法案的辩论环节。

议长先生,

首先,我要祝贺年轻人,也许应该说是那些在20世纪90年代之后出生的年轻人。那些不到30岁的人。通过这项法案,他们将被授权或有权在“青年组织注册局”注册的青年组织中担任领导者。

此前,他们不得不等待前辈达到四十岁后,才可以成为青年组织的主席。那些要在青年社团中担任重要职务的至少也要30岁才可以。因此,这无疑是一个漂亮的跃进。

那些出席“世界青年大会”或“世界青年组织”等青年国际会议的朋友们,一定不难发现我国的代表团是整个大会中年纪最大。而欧洲的代表则相对的年轻。其实,联合国把“青年”定义为年龄介于15岁至24岁之间的年轻人。因此,在欧洲或其他地方,他们的青年团代表都非常年轻。

早在20或30年前,我国甚至会派那些年届50岁的代表出席“世界青年大会”,他们当中的头发不仅寥寥可数,一些还顶着个大肚腩呢。不过,通过这项法案,年轻人就像踏上跳板,可以大步跨前。在“非洲公约”中,青年的年龄为15-35岁,而我们的邻国新加坡也同样定为15-35岁。因此,现在我们将比邻国更为进步。昨天,“商标法案”辩论中,我们显然落于新加坡之后,但是,在青年社团改革上,我国却是领先他们。

议长先生

在新的年龄分段下,年龄少于30岁的年轻人也能获得更多的机会成为领导阶级的公务员。在此法令下,青体部可以提供资源予真正体现年轻人动力的青年组织。这里提到“目标资源”是因为在这之前,若将资源发给30岁以上的团体,那实际上,这个资源是错配了。因此,将这批刚大学毕业或完成学习生涯,但缺乏较好经济资源的年轻人重新归类,是希望能够取得更佳的"成果"。

在我看来,青体部应给予这些人正确的管道。之前,我们曾于2003年实施国民服务计划法案,但是,我们都知道,所对准的目标群体已错,因此,我们并未获得一个具体和正面的成果。政府的资源必须向对的群体发放,同时也必须接受那些已工作但年龄在此法案所规定之内的年轻人,参与青体部旗下的青年组织。另一方面,该法案并没有阻止那些年龄已超过30岁的年轻人在社团注册(ROS)法令下成立任何的组织。

那些30岁以上的成年人都已经进入“主流”阶段,而非青年的行列。这是因为他们将拥有更大的舞台和领域来实现自己的责任。就如这项修正法案的阐述,青年将担任重要职位,并获得更多的机会,这与国际标准相符。而最低年龄限制未有变动,即年龄至少须18岁才可以担任任何组织里的重要职位。

正如我们所知道的,有人建议把投票年龄从21岁降至18岁,我也想提出从立法上进行改革。我的另一项建议是有关国会上议员的年龄。现今一般上议员的年龄为30岁,而公众也都认为上议员都必须有一定的年纪。其实,我认为,青年也可以当上议员或国会议员。

最后,我要祝贺青体部因采取了积极的措施,同时也恭贺年轻人和那些已踏入30岁的年轻人加入主流行列。

Tuesday, July 02, 2019

Perbahasan Rang Undang-Undang Cap Dagangan 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Cap Dagangan 2019 pada 2-7-2019
Saya bangun untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Cap Dagangan 2019.

Tuan Speaker,

Saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini terhadap beberapa bahagian yang perlu kita teliti terutamanya tentang Protokol Madrid yang menjadi tumpuan Rang Undang-Undang ini. 

Tuan Speaker,

Kini terdapat sebanyak 104 keahlian yang telah pun menyertai Protokol Madrid melalui World Intellectual Property Organisation (WIPO). Protokol Madrid telah efektif pada tahun 1989 iaitu 30 tahun lalu. Madrid Protokol menyambut ulangtahun ke-30 tahun ini.  Negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Singapore, Laos, Cambodia, Brunei, Vietnam dan Filipina juga telah menyertainya dan Malaysia adalah negara Ke-9 di kalangan negara ASEAN.

Tuan Speaker,

Langkah Malaysia menyertai Protokol Madrid ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyertai arus perdana sejajar dengan ASEAN Intellectual Property Rights Action Plan 2011-2015.  

Negara-negara “Common Law” yang lain seperti New Zealand, India, Singapura dan lain-lain turut memperkenalkan Akta Cap Dagangan yang baharu. Di United Kingdom, “UK Trademarks Act of 1938” iaitu asas Akta Cap Dagangan Malaysia 1976 juga telah dimansuhkan pada tahun 1994 dan digantikan dengan UK Trademarks Act of 1994.

Malaysia tidak memimpin dalam undang-undang cap dagangan tetapi mengikuti di belakang negara-negara lain.

Tuan Speaker,

Secara ringkas, Protokol Madrid membolehkan pemilik cap dagangan mendaftar cap dengan lebih mudah dan cekap jika diizinkan Tuan Speaker “One application in One language and One fee”. Ini memudahkan pemilik cap dagangan untuk mendaftar dengan lebih cekap dan menjimatkan wang. 

Sebelum ini, trademark tempatan yang ingin menyertai Sistem Madrid mereka akan membuat pendaftaran tempatan dan antarabangsa melalui negara jiran seperti Singapura. 

Tuan Speaker, 

Selain itu, Sistem Madrid mempunyai struktur yang lebih teratur iaitu melalui pemfailan tunggal ataupun “Centralised” pendaftaran. Hal ini, dapat memanfaatkan pemilik-pemilik cap dagangan tempatan bakal mempunyai perlindungan antarabangsa.

Tambahan pula, Rang Undang Undang ini juga akan meningkatkan skop cap dagangan termasuk kategori bukan tradisional seperti warna, bentuk barang, aroma, tanda 3 dimensi (3D mark)  dan beberapa lagi. Ini bakal boleh mengatasi kekaburan dari segi definisi cap dagang seperti yang pernah dibicarakan di Mahkamah sebeum ini

Kebaikan Rang Undang Undang ini tidak boleh dinafikan dan boleh membawa pelbagai faedah kepada masyarakat Malaysia terutamanya pemilik cap dagangan di negara kita. 

 Namun begitu Tuan Speaker, walaupun rang undang-undang ini membawa banyak manfaat kepada negara kita tetapi terdapat beberapa cabaran yang harus kita berwaspada.

 Tuan Speaker, 

 Saya menjangkakan 4 cabaran yang akan dihadapi oleh pemilik cap dagangan di Malaysia melalui sistem madrid. 

 1.    Dalam masa lima tahun pada tarikh pendaftaran, International Registration Trademark tetap bergantung kepada permohonan asas ( Basic Application ) di pejabat negara asal. Jika pada masa itu permohonan asas itu telah dinafikan atau dibatalkan. Perlindungan IR tersebut tidak akan wujud dan haruslah mengupah agen cap dagang untuk mendaftar semula dan akan mengalami kerugian wang dan masa. Situasi ini dalam industri dipangil “Central Attack” .

Tuan Speaker. 
 Persoalannya: apakah langkah-langkah “safeguard” yang kerajaan harus ambil untuk menghadapi situasi ini supaya dapat melindungi pemilik cap dagangan di negara kita daripada menghadapi masalah “Central Attack”

2.  Apabila Malaysia menyertai Sistem Madrid, masalah influx cap dagangan daripada negara lain juga akan didaftar di Malaysia hal ini mungkin akan memberikan impak yang negatif kepada pendaftar baru cap dagangan di Malaysia. 

Persoalannya : Apakah perlindungan tambahan yang perlu diberikan kepada pendaftar baru atau pemilik cap dagangan tempatan terhadap situasi ini dan samada kerajaan akan mengenalkan peraturan supaya pemohon-pemohon asing perlu mempunyai alamat berdaftar di Malaysia ? 

Tuan Speaker,

3 .  Penambahan pendaftaran trademark dari peringkat antarabangsa akan membawa kepada isu penolakan dan konflik bakal timbul. Ini akan menyebabkan lebih banyak kos dari segi memfailkan bantahan dan litigasi. Dengan ini, penjimatan dari segi koas yang ditawarkan oleh pendaftaran berpusat Madrid Protokol akan diatasi oleh tambahan kos bantahan dan litigasi yang bakal timbul.

4.  Dengan pelaksanaan RUU Cap Dagang ini, lebih banyak sumber pentadbiran dan latihan diperlukan untuk menguruskan permohonan yang dijangka akan meningkat di peringkat Perbadanan Hak Intelek Malaysia (MyIPO). Begitu juga Kerjaaan perlu menyemak samada di pihak Kehakiman, sumber manusia yang mencukupi untuk menyelesaikan lebih banyak kes litigasi hak intelek di Mahkamah Hak Intelek yang focus kepada kes-kes hak intelek.

Tuan Speaker,
Seksyen 75(1) Rang undang-undang Cap Dagangan 2019 telah memperuntukan bahawa “Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menguatkuasakan peruntukan Protokol Madrid di Malaysia”. Saya berharap Menteri boleh menggunakan kuasa yang diperuntukan di bawah RUU ini untuk mengatasi 4 cabaran yang saya sebut tadi.

Selain dari RUU Cap Dagang, saya meminta Kerajaan sebagai part of legislative reform exercise untuk melihat kepada Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan penyertaan Malaysia kepada Sistem Hague untuk Indurstrial Design.

Sistem Hague untuk Rekabentuk Perindustrian (Hague Agreement Concerning the International Registration of Industrial Designs)  adalah sistem yang melindungi pemilik Rekabentuk Perindustrian. Pada masa ini Malaysia masih bukan sebahagian daripada Sistem Hague. Oleh yang demikian rakyat Malaysia hendaklah membuat pendaftaran dua kali dan akan membazirkan masa dan wang . Saya mencadangkan supaya Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dikemaskini dan langkah untuk menyertai Sistem Hague untuk Industrial Design turut dibuat. 

Tuan Speaker, 

Sebagai kesimpulan, apabila persaingan globalisasi dan Internet memboleh perniagaan dilakukan merentasi sempadan negara, adalah penting untuk melindungi cap dagangan dan hak intelek di pelbagai bidangkuasa dan perlu satu sistem yang kos efektif dan mudah. Saya menaruh harapan kepada modern trademark law ini dapat mentransformasikan Malaysia kepada satu ekonomi yang kompetitif untuk Abad ke-21 baik dari bidang perniagaan halal kepada perniagaan e-commerce.

Saya mohon menyokong.

-----------------------------


升旗山国会议员黄汉伟于2019年7月2日在国会辩论《2019年商标法案》

升旗山国会议员黄汉伟于2019年7月2日在国会辩论《2019年商标法案》二读的辩论全文
我希望国会特别关注数个部份,尤其是本次草案重点的《马德里议定书》。
议长先生,
现有104个国家通过世界知识产权组织(WIPO)加入了《马德里议定书》。《马德里议定书》早于30年即1989年就生效。泰国、印尼、新加坡、寮国、柬埔寨、汶莱和菲律宾等东盟国家也参与其中,而大马是东盟国家中第9个加入的国家。我国加入《马德里议定书》的举措表明政府承诺, 加入与2011 - 2015年“东盟知识产权行动计划”对齐的主流行列。
纽西兰、印度、新加坡等其他普通法国家也采用新的“商标法”。1976年“马来西亚商标法”是以“1938年英国商标法"为依据。1938年英国商标法.也于1994年废除,取而代之的是1994年的“英国商标法”。
议长先生,
简而言之,马德里议定书允许商标持有人更容易和有效地登记他们的商标,只须采用一种语言、缴纳一组费用以及提交一份申请即可。这有助于商标持有者更节省及有效地注册。此前,那些有意加入马德里体系的本地商标必须通过新加坡等邻国来注册本地和国际商标。
议长先生,
此外,马德里体系具有更加条理化的结构,即可通过单一入档或集中注册。这有利于本地商标持有者在未来获取国际的保护。
再者,该法案还将扩大商标的范围,包括非传统类别,如颜色、项目形状、香气、三维标记(3D标记)等。这将能够克服早前在法庭商讨过有关商标定义方面的模糊性问题。
这项法案的好处是不容否认的,可以给马来西亚社会带来许多好处,尤其是我国商标持有人。
尽管如此,议长先生,虽然这项法案给我国带来了许多好处,但我们必须注意一些挑战。
我预计,通过马德里体系,大马商标注册商将面对4项挑战。
1. 在注册之日起5年之内, 国际商标注册仍然依靠原有的国家办事处处理基本的申请。当基本申请在那个时候被驳回或撤销,该商标就不存在任何的保护,商家必须聘请代理,重新注册,这将造成金钱和时间上的损失。这种局面在这个行业中被称为“中心打击”。
议长先生,
我的问题是:政府应采取何种保障的措施来保护我国商标注册者免受“中心打击”?
2. 当大马加入马德里体系,将衍生其他国家大量涌入我国进行商标注册的问题,这种情况将可能为我国商标新注册者带来负面的影响。
我的问题是:新商标注册者或本地商标注册持有人在面对类似情况时,政府将实施何种额外保护措施? 以及政府是否将制定条令,要求外国商标注册申请人必须拥有我国的注册地址?
议长先生,
3. 国际商标注册一旦增加,将出现申请被拒和其他可能引起的冲突问题。这也将导致提出异议和诉讼方面的费用增加。这种情况下,由马德里议定登记中心所提供的成本节省方案将能够解决异议和诉讼费所须额外交付费用的问题。
4. 随着商标注册法的落实,当局有必要提供更多行政资源和培训来应对向马来西亚知识产权局(MyIPO)申请商标注册者即将增加的情况。 同样的,政府必须审核司法及人力资源是否足以透过专处理各种有关知识产权个案的知识产权法庭,去解决更多有关知识产权诉讼的案件。
议长先生,
除了商标注册法案,我要求政府关注1996年工业品外观设计和大马在海牙体系工业设计的参与。工业设计的海牙体系(海牙协定工业品外观设计国际注册)是保护工业设计者的一种体系。目前大马还不是海牙体系的一份子。
那么,这也意味着大马公民必须注册两次,这无疑是浪费时间和金钱的。
议长先生,
我建议更新1996年工业品外观设计法,并为工业设计寻找方案,以加入海牙体系。
总之,当全球化的竞争和互联网可让跨国进行商业交易时,各个领域的商标注册和知识产权保护是非常重要的,并且必须确保有关系统既经济有效又容易使用。
------

Monday, July 01, 2019

升旗山国会议员黄汉伟于2019年7月1日在2019强制国会议员申报财产动议的辩论全文

升旗山国会议员黄汉伟于2019年7月1日在2019强制国会议员申报财产动议的辩论全文

感谢议长先生。

我于此参与2019强制国会议员申报财产动议的辩论环节。

议长先生,我是财产申报的记录保持者之一。为什么我说我是财产申报记录的保持者?我不是议员当中财产最多也不是最少的一位,但是,我已四次公布自己的财产。

2012年,槟州联盟政府公布行政议员的财产。 当时的前副首席部长也是现今的高渊区国会议员也和我同样公布他的财产。 时任资深槟州行政议员,即现任槟城首席部长的丹绒区国会议员,也和我同时宣布财产。而前槟州首席部长,现为部长的峇眼区国会议员,也连同我一起宣布财产,那是在2012年即七年前,发生在当时的槟州联盟政府。

议长先生,

我公布自己的资产,我们都公开宣布资产。我记得,当时报纸上有一个特设页面,专报导我们所申报财产的资料。我们详细的资料和面孔都被登在报纸上。我四次申报财产,三次是以槟州行政兼州议员的身份来申报,而去年则首次以国会议员的身份申报一次,至今已报了四次。

反对党朋友所提出的借口是毫无根据的。他们都是试图推迟实行。反对党利用各种诡计来推却。我对现在坐在国会内的伊党议员感到非常失望。在座的是否知道谁是第一个公布自己财产的伊党议员? 那是前峇东巴昔区州议员,尊敬的拿督莫哈末沙列曼前州议员。 当时伊党在槟城申报财产,而今天同样是来自伊党的国会议员却不想,不情愿甚至担心,恐惧及不要接受挑战。

议长先生,

行政议员已成为首席部长,高渊国会议员仍然担任国会议员,前首席部长已是财政部长,而我则成了一名国会议员。我们的政治生涯可说是更上一层楼。是哪个反对党在槟州立法议会拒绝申报财产?他们现在在哪里?他们在选举中被击败了,他们退休了。反对党在2008年所赢得的11个槟州议席,如今却只剩下3席。我感到非常失望,今天出席国会的反对党仍然拒绝申报财产。这就是旧时的马来西亚,无法应对新的挑战。

在竞争中,特别是在政治竞争中,当一方已财产申报时,另一方确无法接受挑战。因此,在人们的眼里,他们将出现一种看法和问号,那就是为什么那些议员不愿接受申报财产的挑战,尽管对手已申报财产。当年槟州反对党就是拒绝接受挑战而落得今天的命运。

各位同僚,当看到反对党拒绝和不愿意申报财产时,我反而感到高兴。我确实很高兴,因为我知道,人民将会惩罚拒绝申报财产的反对党。你其实可以放弃这项动议。

议长先生,

反对党今天拒绝申报财产,他们可以离开,也可以选择保持中立甚至不投票,我并不在乎。这只是一个动议。反对党必须向人民交代的是他们为什么不愿意公布财产。槟州政府是其中一个制度化规定议员公开申报财产的州属,不论是行政议员或州议员都必须这么做。除此之外,我们还公开招标等等,这让我们在选举中获得更大的胜利。

拒绝申报财产的反对党代表展现的是旧时的政治方式。 议长先生,自从一马发展公司丑闻爆发后,人们对国会议员在责任和道德方面的标准有更高的要求。卷入一马公司丑闻的议员们不该进入国会这个神圣的地方。他们应该面对正义的判决。反对党可以否定这项动议,可以离开,甚至走出议会厅,到外面制造骚动等。

议长先生,

这项动议就交由反对党自个决定,公开申报财产的本质究竟是什么。这种开放的概念应该成为新马来西亚政治的基石。就让我们一起加入新马来西亚政治。

我要求支持。